26 Hotel Dan Resort Di Terengganu Diiktiraf Halal


Sebanyak 26 premis makanan milik hotel dan  resort di Terengganu adalah halal selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tahun ini.

Jumlah itu termasuk Redang Mutiara milik Redang Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd di mana satu- satu resort di Pulau Redang yang diiktiraf memiliki sijil halal

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas- Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, bilangan itu meningkat berbanding hanya 17 premis pada tahun lalu.

Katanya, semua hotel dan resort yang disenaraikan halal berjaya mematuhi standart, syarat dan prosedur yang ditetapkan  Jheat.

"Pemilik menggunakan bahan halal dalam setiap masakan, kebersihan dapur dan perkakas pengendalian serta penyediaan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada  Redang Mutiara di Delima Resort, Pulau Redang hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim

Katanya, tidak dinafikan memiliki sijil halal  mempunyai banyak kelebihan antaranya menjadi keutamaan bagi pelancong beragama islam dari pelbagai pelusuk dunia untuk membuat pilihan sekaligus menikmati makanan tanpa rasa ragu.

"Oleh itu, saya menyarankan pengunjung Islam, mana- mana jabatan kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri ini agar memilih resort atau hotel halal untuk mengadakan pelbagai  program dan aktiviti.

"Langkah itu bukan sahaja dapat meningkat ekonomi pengusaha islam malah membantu masyarakat miskin setempat melalui pembayaran zakat harta,"  katanya

Tag: