lightning-solid
Berita :
300 Murid Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah di DUN Ladang
300 Murid Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah di DUN Ladang
Mohamad Farhan Anam
19 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 10 Disember — Seramai 300 murid terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menerima sumbangan kelengkapan sekolah melalui program bantuan awal persekolahan inisiatif Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang dengan kerjasama Pasaraya Sakan.

Walaupun sesi persekolahan baharu belum bermula, inisiatif ini dilaksanakan lebih awal bagi memastikan persediaan anak-anak dapat dibuat dengan lebih baik. 

Setiap murid menerima satu set lengkap sekolah merangkumi beg, kasut dan pakaian seragam baharu.

IMG_20251209_153304_858.jpg 159.34 KB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata, bantuan ini diharap dapat memberi suntikan semangat serta keyakinan kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria.

“Insyaallah, kita mahu pastikan setiap anak daripada keluarga memerlukan mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Bagi pelajar sekolah menengah, Zuraida bersama petugas Pusat Khidmat Masyarakat akan turun sendiri ke rumah penerima bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan ini.

Beliau turut menzahirkan harapan agar usaha kecil ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar di masa hadapan serta membuka lebih banyak ruang rezeki untuk masyarakat setempat.

IMG_20251209_153316_714.jpg 170.92 KB


Artikel Berkaitan