|
Menteri besar menyampaikan penghargaan kepada penaja progam. |
Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Pentas Budaya Pantai Kelulut, Marang, malam tadi.
Pemimpin negeri yang hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik diadakan sepanjang dua hari program yang berakhir malam tadi.
Antara aktiviti ialah pertandingan e-games Pro Evolution Soccer (PES), derma darah, jualan 'foodtruck', musik 'live band' dan kuliah santai yang menampilkan penceramah terkemuka, Ustaz
Azhar Idrus.
|
Ustaz Azhar Idrus menggamatkan progam dengan kuliah santai. |
Pertandingan 'Street Soccer 3 on 3' pula menyaksikan penyertaan 64 pasukan daripada lapan daerah di seluruh negeri.
Ahmad Samsuri menyatakan harapan agar acara anjuran kerajaan negeri itu bukan sekadar untuk menonton perlawanan bola, sebaliknya menjadi majlis mengeratkan persaudaraan sesama masyarakat.
"Semoga acara yang dianjurkan empat tahun sekali ini menjadi kenangan manis kepada kita semua," katanya.
Perlawanan tersebut menyaksikan Perancis akhirnya bergelar juara buat kali kedua dalam tempoh 20 tahun.
|
Pengunjung pelbagai golongan memeriahkan program. |