lightning-solid
Berita :
586 Pelajar Dan Asnaf Menerima Manfaat Agihan Beg Sekolah
586 Pelajar Dan Asnaf Menerima Manfaat Agihan Beg Sekolah
Norekwan Mamat
1 hari yang lepas
178

BESUT, 6 Januari – Seramai 586 orang pelajar dan penerima asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menerima manfaat menerusi Program Agihan Beg Sekolah anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan tahun 2026.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 486 beg sekolah telah diagihkan kepada pelajar Tahun Satu 2026 yang menetap di sekitar DUN Hulu Besut, manakala 100 beg sekolah lagi disampaikan kepada golongan asnaf.

IMG-20260105-WA0163.jpg 91.92 KB
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, inisiatif berkenaan bertujuan meringankan beban ibu bapa, khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, di samping memastikan anak-anak dapat memulakan alam persekolahan dengan lebih selesa dan bersemangat.

“Pendidikan merupakan asas penting dalam pembentukan masa depan anak-anak. Oleh itu, menjadi keutamaan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Besut untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela, terutamanya pada peringkat awal persekolahan,” katanya.

IMG-20260105-WA0112.jpg 135.26 KB
Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim  atas sumbangan sebahagian beg sekolah yang diberikan, selain semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Husaimi turut berharap program itu dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat serta menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak Hulu Besut untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.


Tag :

Artikel Berkaitan