Roti canai gedik Adil mendapat sambutan luar biasa. Foto: Tg Syamim Tg Ismail |
Selain roti canai goyang gedik, menu lain seperti syawarma, roti canai kebab, roti canai gulung, roti canai kambing bakar, roti ayam bakar, air pulau kapas dan air pulau redang antara yang paling mendapat sambutan.
Adil berkata, sambutan yang diterima pelanggan sangat positif, terutama roti goyang gedik yang boleh dijual lebih 100 biji sehari.
“Saya tidak sangka tranformasi yang dibuat terhadap hidangan roti canai itu mendapat sambutan yang luar biasa,”katanya yang berniaga sejak 2015.
Katanya, sepanjang tempoh empat tahun berniaga, dia menyediakan sebanyak 40 hidangan termasuk lebih 20 hidangan berasaskan roti canai yang diperbaharui mengikut citarasa terkini.
Air pulau kapas dan air pulau redang |
“Semua hidangan roti canai yang dijual itu datang daripada idea saya sendiri bagi memastikan ia memenuhi citarasa pelanggan.
“Saya mempelbagaikan citarasa berasaskan roti canai kerana menyedari trend makanan hari ini memerlukan hidangan yang unik dan lain daripada lain,”katanya.
Menurutnya, pada awal perniagaan, dia juga menjual roti canai kosong, telur dan sardin sahaja dan kurang mendapat sambutan.
"Skop pelanggan terhadap hidangan itu terhad hanya di kalangan penduduk sekitar tetapi apabila memperkenalkan menu yang unik, pelanggan dari jauh juga sanggup datang ke kedai," katanya.
Menurutnya, apabila hidangan yang diciptanya itu mendapat sambutan yang menggalakkan ia memberi kepuasan kepada dirinya.
"Harapan saya supaya pelanggan tidak jemu dengan hanya satu hidangan roti canai sahaja, biar mereka mempunyai banyak pilihan," katanya yang tinggal di Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, Kuala Nerus.
Pelanggan, Abdul Karim Hasan, 25, dari Kampung Simpang Tok Ku berkata, keunikan hidangan yang disediakan di gerai Adil Roti mendorongnya datang ke kedai itu pada setiap minggu.
"Dalam seminggu saya akan kedai gerai itu untuk menikmati hidangan roti canai yang digemari kerana menu itu tiada di tempat lain.
"Paling saya gemari ialah roti goyang gedik, ia kelihatan seperti roti banjir kerana kuah diletakan sekali namun rasanya berbeza kerana ia disertakan dengan sambal dan telur mata," katanya.
Menurutnya, selain kepelbagaian hidangan roti canai, air yang pelbagai jenis termasuk nescafe lassy dan manggo lassy juga memberi kelainan dan menepati citarasa pelanggan.