Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Aktiviti Luar Kelas Perlu Dikurangkan
Pengurusan sekolah di negeri ini disaran supaya menghadkan aktiviti pelajar di luar bilik darjah berikutan keadaan cuaca panas melampau masa kini..
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata pihaknya menyarankan pengetua dan guru besar supaya mengambil tindakan berjaga-jaga dan peka dengan situasi semasa bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
"Keadaan cuaca panas yang sedang melanda negeri sekarang ini menyebabkan ia tidak bersesuaian untuk aktiviti di luar kelas.
"Boleh untuk diadakan aktiviti tersebut tetapi perlu dihadkan pada waktu tertentu sahaja, contohnya sebelum jam 10 pagi atau selepas 3 petang bagi mengelak risiko murid mudah terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema,"kata Shafruddin.
Beliau ditemui pemberita pada perlawanan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) -FAM,di Sekolah Sukan Bukit Nenas,Setiu semalam.
Shafruddin turut meminta pengetua dan guru besar agar memastikan para pelajar membawa bekalan air putih secukupnya ke sekolah bagi mengelakkan hidrasi.
Mengulas tentang Influenza A, beliau berkata tiada laporan setakat ini yang diterima jika ia merebak di kalangan pelajar di Terengganu.
"Tapi saya nasihatkan kepada para ibu bapa supaya memantau kesihatan anak-anak mereka bermula dari rumah dan sekiranya ada komplikasi,harus dibawa ke pakar untuk mengesan penyakit yang dihidapi.
"Dan kalau ada simpton seperti demam atau selsema,kurangkan berada diluar atau dengan orang ramai bagi mengelakkan jangkitan berlaku,"katanya.