'Alasan Dangkal, Naif' - Pensyarah Bidas Jawapan Menteri Abai Masjid?
'Alasan Dangkal, Naif' - Pensyarah Bidas Jawapan Menteri Abai Masjid?
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - "Alasan yang sangat dangkal, naif dan bodoh," bidas Pensyarah terkenal, Prof. Dr Riduan Tee Abdullah yang dipercayai ditujukan kepada Menteri Pelancongan berhubung jawapan ketiadaan paparan masjid dalam video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tegas Dr. Riduan, dalam video montaj identiti negara sebenar mesti diutamakan, bukan identiti minoriti seperti kuil dan gereja.
"Membaca alasan pemimpin ultra kiasu yang suka minum menjadikan saya begitu geram.
"Tidakkah pemimpin ultra kiasu ini membaca perlembagaan Persekutuan dan dasar negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1970 (DKK).
"DKK begitu jelas mengungkapkan apa jua jenis pertunjukan budaya negara, identiti negara, Islam dan Melayu mesti diutamakan. Kenapa ada pemimpin yang amat jahil tidak tahu perkara asas ini. Inikah bentuk pemimpin negara yang kita ada," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pada fikiran beliau pemimpin ultra kiasu itu akan meminta maaf atas kesalahan tersebut namun sebaliknya berlaku apabila Menteri tersebut mempertahankan lagi tindakan berkenaan.
"Wahai pemimpin negaraku, bersuaralah, bertindaklah. Perkara seperti ini sudah menjadi tersangat melampau. Ini bukan pertama kali, malah sudah berkali-kali.
"Negara kita sudah menjadi negara, negara tanpa bangsa," ujar beliau.