Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
Sebuah apartment bernilai RM300,000, satu lot tanah kediaman, satu lot tanah pertanian, kereta serta pacuan empat roda antara hadiah menarik menanti pengunjung yang hadir pada Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tawaran hadiah cabutan bertuah yang menarik dan luar biasa itu pastinya mampu menarik minat lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang seminggu program berlangsung yang bermula 25 Februari ini.
Katanya, pihaknya tidak pernah sebelum ini, berkerjasama dengan pelbagai jabatan kerajaan untuk penganjuran program yang menawarkan hadiah cabutan bertuah sangat istimewa dan bernilai seumpama itu.
“Apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu menarik minat orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di luar Terengganu hadir bagi mengetahui pelbagai program dan aktiviti yang disajikan kerajaan negeri.
“Hampir semua jabatan, anak syarikat kerajaan negeri, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan dan agensi swasta terlibat dengan pelbagai aktiviti dan pameran sepanjang ekspo nanti,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Penerbitan Drama Megat Panji Alam di antara kerajaan negeri dan Al Hijrah Media Corporation di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.
Antara aktiviti yang dirancang sempena eskpo itu jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pertanian, Food Truck, Talk Show, jualan produk T-Kitchen dan siaran langsung Forum perdana dan Selamat Pagi Malaysi.