Ariffin Nafi Anjur Oktoberfest
Ustaz Ariffin Deraman. |
"Saya ingin menegaskan bahawa apa yang tular di media sosial adalah tidak benar.
"Kerajaan negeri melalui wakilnya telah berkunjung ke premis yang dimaksudkan itu bagi mendapat penjelasan.
"Hasil dari kunjungan tersebut didapati bahawa premis yang dinyatakan itu sememangnya telah memiliki lesen untuk menjual minuman keras.
"Pemiliknya mengesahkan bahawa tiada sebarang sambutan Oktoberfest di premis miliknya," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada hari ini (11 Oktober), mengulas tentang dakwaan penganjuran Oktoberfest yang tular, baru-baru ini.
Menurut Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini.
"Kerajaan negeri akan sentiasa memantau dari masa ke semasa bagi memastikan tiada penganjuran program tersebut," tegasnya.