lightning-solid
Berita :
Atlet Berbasikal Perlu Kekal Dominasi, Sasar 19 Pingat di SUKMA 2026
Atlet Berbasikal Perlu Kekal Dominasi, Sasar 19 Pingat di SUKMA 2026
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
7 jam yang lepas
122

KUALA TERENGGANU, 21 Julai – Atlet berbasikal Terengganu diseru menjadikan lagenda sukan negara, Dato' Azizulhasni Awang sebagai idola dan sumber inspirasi dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pada temasya SUKMA Selangor XXII 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, semangat juang yang ditunjukkan oleh Dato' Azizulhasni wajar dicontohi oleh setiap atlet bagi memastikan prestasi pasukan terus berada pada tahap terbaik.


"Negeri Terengganu sememangnya terkenal sebagai lubuk melahirkan jaguh berbasikal negara. Kita amat berbangga kerana negeri ini telah melahirkan atlet bertaraf dunia seperti Dato' Azizulhasni Awang, Harrif Salleh dan Fatihah Mustapa yang telah mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di persada antarabangsa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukan Berbasikal Terengganu 2026, semalam.

Sementara itu, Presiden Lumba Basikal Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli berkata, seramai 26 atlet telah dipilih mewakili Terengganu ke SUKMA XXII 2026, melibatkan 18 atlet kategori Road Bike/Trek dan lapan atlet Mountain Bike/Downhill.

Azizi turut meletakkan sasaran lapan emas, sembilan gangsa, dan dua pingat emas {bonus} bagi temasya kali ini. 

Beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai menerusi persiapan rapi serta komitmen semua atlet dan barisan kejurulatihan.


Tag :

Artikel Berkaitan