Kerajaan Negeri Utamakan Pendidikan Selari Teras Induk PITAS 2030
Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han muncul juara kategori laut terbuka. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim |
Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han,22, membuktikan dia juga berbisa di kategori laut terbuka apabila muncul juara Kapas-Marang International Swimathon 2018 di Pantai Kelulut, Marang, pagi ini.
Pelajar jurusan Sains Sukan Universiti Malaya itu berkata, kemenangan itu merupakan satu kejutan kerana beliau mengambil keputusan menyertai persaingan itu tanpa melakukan persiapan rapi.
"Saya baru pulang daripada Sukan Komanwel dan hanya berharap dapat menghabiskan renangan," katanya.
Tern memperbaiki cacatan masanya peribadinya apabila mencatatkan 1:25:46 berbanding 1:27:18 pada penyertaan 2016 lalu.
Dalam pada itu, remaja dari Singapura, Ervina Lim,16, menggunguli perenang wanita dengan catatan 1:34:20.
Ervina berkata, ini kali pertama beliau menyertai Swimathon dan tuah menyebelahinya apabila muncul juara.
"Kejohanan ini sangat menarik dan negeri ini sangat cantik. Saya pasti akan datang memperbaiki catatan masa tahun hadapan,"katanya yang hadir ditemani kedua ibu bapanya.
"Kejohanan ini sangat menarik dan negeri ini sangat cantik. Saya pasti akan datang memperbaiki catatan masa tahun hadapan,"katanya yang hadir ditemani kedua ibu bapanya.