Bajet 2018: Kejatuhan Harga Minyak Tidak Halang Terengganu Urus Tadbir Negeri




Kejatuhan harga minyak sejak dua tahun lalu yang menjadi sumber pendapatan utama Terengganu jelas tidak menghalang kerajaan negeri untuk mengurus tadbir dengan baik dan efisen.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah kehilangan pendapatan yang sangat besar akibat penurunan harga minyak namun tetap berusaha menghadapinya tanpa mengurangkan apa-apa bantuan kepada rakyat.

Katanya, jelas sekali kejatuhan harga minyak tidak menjejaskan usaha kita untuk berusaha mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan sebaik mungkin. 

Memang keadaan sangat mencabar, ekoran kejatuhan teruk harga minyak di pasaran dunia,  Terengganu turut kehilangan pendapatan sebanyak RM 610 juta iaitu daripada RM2.21 bilion pada 2015 kepada 1.6 bilion pada 2016.

Sungguhpun demikian, keadaan ini tidak sesekali menghalang kita daripada terus bekerja kuat untuk kesejahteraan rakyat. Malah, kita sudah buktikan kemampuan untuk mengurus dan mentadbir Negeri ini dengan baik,” katanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

– www.Terengganu.news

Tag: