lightning-solid
Berita :
Bantal Penyu, 'Keychain' Penyu Berhelmet Laris Di RXZ Members 8.0
Bantal Penyu, 'Keychain' Penyu Berhelmet Laris Di RXZ Members 8.0
Arifuddin Alias
1 hari yang lepas
37

KUALA NERUS, 6 Ogos – Sambutan pada RXZ Members 8.0 pada tahun di luar jangkaan apabila jualan cenderamata seperti Penyu Sulam Terengganu laris. 

Seorang peniaga, Muhammad Hanif Nasran, berkata pihaknya menampilkan empat rekaan logo eksklusif bertemakan RXZ Members 8.0 yang direka khas bersempena penganjuran program kali ini. 

"Keunikan dan rekaan terkini pada Penyu Sulam Terengganu menjadi tarikan utama kepada pengunjung.

"Sambutan yang diterima amat luar biasa sehingga pasukannya hampir tidak menang tangan melayan pelanggan. 

"Nak kata tak cukup tangan, memang betul tak cukup tangan. Walaupun pengunjung terpaksa menunggu, mereka tetap setia menanti giliran untuk kami layan. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan," katanya lagi. 

Tambahnya, bagi memastikan urusan jualan berjalan lancar, seramai 10 orang pekerja ditugaskan sepanjang program berlangsung. 

"Kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus membuktikan cenderamata terus menjadi pilihan dalam kalangan komuniti RXZ," katanya. 

Terdahulu, himpunan RXZ Members 8.0 melakar sejarah tersendiri apabila menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling mendapat sambutan sejak penganjurannya bermula pada 2017.


Tag :

Artikel Berkaitan