Bayar Ikut Jadual, Lebih Ramai Dapat Manfaat

HULU TERENGGANU, 23 Januari - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu mengharapkan agar peminjam Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) membayar balik bayaran mengikut jadual bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada skim itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Iskandar Muhammad Aziz berkata, tabung yang diwujudkan bermula pada tahun 2018 itu telah membantu lebih 1,000 usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

"Jadi saya menyeru kepada mereka yang telah mendapat pinjaman bayarlah mengikut masa yang ditetapkan, kita mahu ini dijadikan satu bentuk budaya yang cukup baik di kalangan usahawan kita di negeri ini.

"Setakat ini kita berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dibuat oleh peminjam, kita berjaya membuat kutipan sekitar 86 peratus, pada tahun lepas berlaku peningkatan dari sudut kutipan walaupun berlaku pandemik Covid-19.

"Ini kerana kesedaran peminjam itu sendiri adalah tinggi walaupun pada waktu itu kitaberikan moratorium sebagaimana keputusan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk penyewaan premis pun kami buat pengecualian sewaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, selaps merasmikan Pelancaran  Pes D'River, di Warung Santai D'River, Kampung Pasir Tinggi, di sini, pada semalam.

Mengulas lanjut mengenai TUGAS, jelasnya ia adalah mengikut kaedah pusinga, bayaran yang dijelaskan oleh para pemimjan dikembalikan kepada usahawan-usahawan yang lain.

"Sama ada melalui pembiayaan pembiayaan, ataupun latihan yang disediakan. Pada tahun ini melalui kaedah yang sama dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan permohonan untuk tabung berkenaan juga telah dibuka kembali," katanya.


Tag: