Belia 18 Tahun Perlu Pendirian Politik Sendiri - Nasir Abdul Razak

Ustaz Nasir (kanan) ketika diwawancara TV Darul Iman hari ini.
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Anak muda berumur 18 tahun diharap boleh menilai sendiri perkembangan politik semasa supaya tidak terikut-terikut dengan sikap dan pendirian orang lain dalam pendidikan tersebut.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT), Ustaz Nasir Abdul Razak berkata, anak muda tersebut perlu melengkapkan diri dengan maklumat dan fakta politik supaya mereka tidak mudah tertipu dengan dakyah yang disebar melalui media.

Katanya, sesuatu isu politik yang timbul dalam masyarakat, mereka perlu menyelidik dan mentashihkannya (tabayyun) sebelum mempercayainya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara TV Darul Iman di Pejabat Operasi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.

Ustaz Nasir Razak
Katanya, golongan belia berumur 18 tahun sebenarnya menghadapi cabaran cukup besar dalam dunia politik ketika mereka berada proses kematangan.

"Tidak dinafikan ada yang berumur 18 tahun sudah berjaya dalam kehidupan. Justeru UBSNT akan mengambil jalan penyelesaian terbaik bersama Kerajaan Negeri Terengganu untuk memastikan mereka celik politik," jelasnya lagi.


Tag: