Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU, 24 Mei- Bobby's Kitchen sebuah restoran yang kelihatan mewah dan eksklusif dengan harga yang berpatutan kini menjadi pilihan warga tempatan untuk menjamu selera.
Pemiliknya, Abdul Hakim Abdul Halim, 28, berkata dia amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan serta dapat menikmati suasana yang penuh santai jika berkunjung ke restorannya.
"Ia menjadi pilihan untuk membawa keluarga bersantai di samping kami menyediakan pakej makanan berkonsepkan timur dan barat.
"Tidak ketinggalan masakan kampung, Thailand dan ada juga makanan barat.Para pengunjung dihiburkan dengam hiburan santai oleh 'buskers' dengan seleksi lagu puisi dan lagu ketuhanan serta lagu yang tidak melampau," ujarnya.
Abdul Hakim |
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di restoran miliknya, di Bukit Besar berhampiran Dewan Badminton, semalam.
Menurutnya lagi, Bobby's Kitchen juga mempunyai cawangan di Paka, Dungun.
" Restoran mula beroperasi jika hari biasa pada waktu 5.30 petang sehingga 12.30 malam, di Bulan Ramadan, ia bermula pada jam 6 petang berakhir 2 pagi kerana memberi peluang untuk berbuka dengan pakej hidangan istimewa pada Bulan Ramadan dan juga memberi peluang untuk bersahur, "jelasnya.
Beliau yang mula berniaga di restoran berkenaan bermula tahun 2017 turut memberi jaminan, bahawa makanan yang ditempah akan segera disiapkan dengan layanan penuh mesra dan para pengunjung tidak akan menunggu lama untuk menerima layanan.
" Ia bagi menjamin kualiti Bobby's Kitchen terjamin dan sentiasa menjadi pilhan ramai," jelasnya.