Bola Cetong Rapatkan Hubungan Pimpinan Dan Masyarakat
Ustaz Ariffin Deraman (kanan) bermain Permainan Bola Cetong bersama pengunjung. |
Ketua Metodologi Muzium Negeri Terengganu, Mohamad Hafiz Abdul Rahman, 35, berkata, ianya diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tradisional.
“Sejarah permainan bola cetong ini adalah salah satu permainan kanak-kanak kampung di Negeri Terengganu dahulu.
“Dulu (di mana-mana kawasan) kampung cukup popular dengan permainan ini kerana semua kanak-kanak berkumpul (di tanah lapang) dan kebanyakan mereka bermain waktu Asar sehingga waktu Maghrib,” katanya.
Permainan Bola Cetong diadakan untuk melestarikan warisan dan memartabatkan permainan tersebut. Mohamad Hafiz Abdul Rahman. |
Beliau menambah, permainan tradisional tersebut telah dijalankan setiap tahun dan telah mendapat sambutan dari semua pihak samada para pimpinan dan masyarakat.
Justeru, beliau mewakili pihak muzium berharap permainan Bola Cetong dapat diperkenalkan balik di kawasan masing-masing dan dapat mencetuskan minat dalam permainan tersebut.