lightning-solid
Berita :
Boling Dekatkan Pemimpin Dengan Komuniti
Boling Dekatkan Pemimpin Dengan Komuniti
Abdul Fattah Kamarudin
19 Nov 25
261

MARANG, 19 November – Program Boling Beliawanis sempena YB Cakna Komuniti Sejahtera (YBCKS) peringkat JPKK Bukit Jejulong, Bukit Kulim dan Bukit Gading yang berlangsung di Kompleks Sukan Wakaf Tapai di sini semalam, bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara beliawanis malah menjadi platform mendekatkan pemimpin dengan komuniti.

Pengarah Program Boling Beliawanis, Wan Azimah Aziz, berkata, program beliawanis biasanya dijalankan dalam bentuk aktiviti bola jaring, namun kali ini diubah kepada acara boling bagi memberi kelainan dan memenuhi permintaan peserta.

IMG_7380.jpeg 6.44 MB
“Sebelum ini acara beliawanis dibuat dalam bentuk bola jaring pada waktu petang, tetapi ada masa tertentu kami ubah mengikut kesesuaian dan permintaan peserta” katanya kepada pemberita.

Katanya, acara boling tersebut merupakan salah satu pengisian program YBCKS yang dianjurkan bagi memastikan setiap kelompok masyarakat mendapat ruang untuk terlibat dalam aktiviti sihat dan berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

IMG_7382.jpeg 5.72 MB
Sementara itu, salah seorang peserta, Nur Hidayah Zakaria, 39, berkata program seperti ini sangat baik kerana mendorong semangat kebersamaan sekaligus mengeratkan silaturahim.

“Asalnya saya nampak acara ini di 'story' kawan. Katanya tak cukup pemain, jadi saya pun terdetik nak join. Petang tadi baru daftar nama.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) sebab anjur kejohanan boling tertutup ini dan luangkan masa untuk turun padang bersama kami. Baguslah program macam ni, dapatlah kami berinteraksi secara bersemuka dengan YB,” katanya.


Artikel Berkaitan