Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Ahmad Razif |
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu amat mengecewakan berikutan Tun M sendiri tidak dapat membezakan antara rasuah dengan pemberian bantuan.
Katanya, pemberian BR1M pada ketika ini adalah seperti yang pernah dilakukan pada zaman pemerintahan beliau sendiri, ketika zaman kegawatan ekonomi pada 1999 namun melalui pendekatan berbeza.
“Ketika mengalami krisis ekonomi pada tahun 1999 dahulu, apa yang dilakukan adalah dengan memberi projek kepada kontraktor-kontraktor untuk membina sekolah, projek kepada kontraktor kelas F serta menaikkan had nilai kerja daripada RM100,000 ke RM200,000.
“Apa yang dibuat oleh Tun M pada masa itu adalah sama dengan Dato’ Seri Mohd Najib lakukan kerana ianya berasas kepada meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik. Kalau ditafsirkan apa yang dilakukan hari ini (BR1M) adalah rasuah maka yang diberi pada masa itu juga adalah rasuah, rasuah kepada kontraktor,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.
Tambah Ahmad Razif, pemberian BR1M adalah lebih tepat kerana ianya diberikan terus kepada golongan yang layak dan ianya wajar diteruskan.
Katanya, pemberian BR1M bukan hanya membantu golongan berpendapatan rendah malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat.
“Dengan pemberian BR1M sudah tentu penerima tidak akan berbelanja di luar negara tetapi mereka akan berbelanja di dalam negara dan dia membeli di kawasan setempat.
“Maka peniaga goreng pisang, sayur, ikan dan lain-lain di kawasan tersebut turut akan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.