Dua MB Adakan Lawatan Susulan Ke Pejabat PM

Dr Ahmad Samsuri (kanan) dan Ustaz Ahmad Yaakob (dua dari kanan) bertemu Tun Dr Mahathir (kiri) di Putrajaya beberapa hari lalu.
 PUTRAJAYA, 16 Januari - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob mengadakan lawatan susulan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di sini beberapa hari lalu.

Ia bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut berkait dengan kepentingan dua hala antara dua kerajaan pantai timur itu dengan Kerajaan Persekutuan.

Beberapa keping gambar berhubung lawatan itu telah dimuat naik di status Facebook Dr Ahmad Samsuri beberapa hari lalu.
MB Terengganu (kiri) dan MB Kelantan ketika berada di Putrajaya beberapa hari lalu.
"Bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan membuat lawatan susulan ke pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya semalam," katanya.

Rakyat dan kerajaan kedua-dua negeri tersebut mengharapkan Tun Dr Mahathir meneruskan agenda federalisme dengan menumpukan kepada keperluan rakyat, negara dan kedua-dua negeri tersebut agar faedah pentadbiran baharu itu dirasai oleh semua pihak.


Tag: