Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Kerajaan negeri sentiasa berunding dengan KerajaanPusat bagi memastikan yang terbaik untuk rakyat. |
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif yang masih di peringkat perbincangan itu secara dasarnya akan menguntungkan anak syarikat Kerajaan Terengganu terutamanya Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC).
Jelasnya, jajaran baharu yang akan dilancarkan kelak juga akan turut dikaji bersama EPIC bagi merangka potensi pembangunan ekonomi supaya dapat meningkatkan taraf pendapatan penduduk setempat dengan pembinaan kawasan industri.
“Kita berbincang dengan Kerajaan Pusat bagi mewujudkan ‘spur line’ dari hentian Chukai ke pelabuhan Kemaman, dipercayai ia dapat memangkin pembangunan Pelabuhan Kemaman dengan lebih pesat apabila berlakunya kenaikan kuantiti kargo, keuntungan kos pengendalian dan kadar penggunaan pelabuhan yang maksimum.
“Pihak kerajaan negeri juga yakin dengan penambahan ‘spur line’ ini akan dapat meningkatkan minat pelabur-pelabur baharu ke Terengganu dan menambahkan keyakinan pelabur sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka ,” ujarnya.
Ir Saiful Azmi. |
Dalam masa yang sama, Ahmad Samsuri turut berkata, jumlah stesen ECRL dalam jajaran baharu yang bakal dilancarkan sudah berada di peringkat akhir semakan.
Katanya lagi, jajaran baharu itu juga perlu sejajar dengan perancangan kerajaan negeri supaya rakyat mendapat manfaat yang setimpal dengan projek ECRL.
“Jumlah stesen bagi jajaran baharu adalah enam berbanding lapan sebelum ini, jadi kita akan bincang balik dan kita tak mahu kerana mahukan jimatkan kos, kita buat projek yang tidak memberi pulangan berguna pada rakyat.
“Itulah yang sedang kita rundingkan dan tekankan dengan mereka, kerana kita ada perancangan tersendiri di setiap daerah terlibat,” tambah beliau.