Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Hampir 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada hari pertama sehingga jam 10 malam ini.
Kebanyakan pengunjung pelbagai peringkat umur mengakui teruja ke program itu kerana tidak mahu melepaskan hadiah lumayan yang ditawarkan, selain mengetahui pelbagai info berkaitan kerajaan.
Nuliesa Elisa Abd Aziz, 24 dari Kuala Terengganu berkata, kemudahan penyaluran maklumat yang disediakan di tapak ekspo ini memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri pembangunan yang dilaksanakan disamping menterjemah permasalahan mereka melalui medium yang lebih mudah.
“Kebanyakan masyarakat terutama orang muda kini hanya melihat maklumat melalui media sosial dan kebanyakan maklumat kurang tepat.
“Kecenderungan golongan muda untuk ke muzium atau pusat informasi yang sangat rendah juga mengakibatkan mereka tidak mendapat maklumat yang banyak mengenai pembangunan negeri ini,” katanya.