EKSPO TERENGGANU 2018: Tiga Isu Perlu Dipandang Serius



Peningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan menjadi tiga isu  utama yang membimbangkan rakyat dan perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan negeri ini.


Berdasarkan undian yang dibuat oleh pengunjung di Tapak ekspo Terengganu 2018 di Booth yang disediakan Terengganu Strategic and Integrity institute (TSIS), tiga isu berkenaan mendapat undian tertinggi berbanding lima lagi isu yang disenaraikan.

Antara isu lain yang disenaraikan (TSIS) termasuklah perumahan, pendidikan, masalah sosial, keselamatan awam, penghayatan agama, sistem penyampaian pekhidmatan kerajaan.

Berdasarkan undian pada hari pertama ekspo berlangsung sehingga jam 3 petang tadi, masalah peningkatan kos sara hidup mendapat undian sehanyak 22 peratus; pekerjaan, 20 peratus manakala masalah perumahan mendapat 15 peratus undian.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyediaan aplikasi undian di booth TSIS di tapak ekspo penting kerana lokasi itu akan menjadi tempat tumpuan rakyat sepanjang tujuh hari ekspo berlangsung.

“Jadi, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo ini dan membuat undian supaya kerajaan tahu apa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Malah, melalui informasi yang disediakan di tapak ekspo ini, kami yakin rakyat dapat melihat dengan lebih dekat pembangunan dan kejayaan yang dikecapi kerajaan termasuk sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini

Tag: