GODA Dekati Hati Masyarakat Setempat

Johari bersama sebahagian Ajk Pemuda UMNO Bahagian dan DUN Manir membaca doa ketika melawat seorang pesakit yang uzur di Manir.


Program Gegar Orang Muda (GODA) Bahagian Hulu Terengganu menjadi salah satu platform bagi mendekati orang muda bagi menjaga kebajikan masyarakat setempat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Johari Abu Bakar berkata program tersebut adalah kesinambungan program-program yang diadakan sebelum ini di seluruh negeri.

"kita bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN)Manir dengan menziarahi sebelas buah rumah yang mana melibatkan 10 buah kampung dan taman perumahan dan akan diteruskan di DUN-DUN lain selepas ini.

"Antara objektif GODA ialah kita berpeluang mendekati rakyat yang mengalami masalah kesihatan (uzur) dan juga ziarah kasih pemuda UMNO sekitarnya...dengan pendekatan yang lama tidak di lupa dan sentiasa dalam ingatan," katanya ketika dihubungi.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dun Manir, Yusof Awang Hitam, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Dun Manir dan ketua-ketua pemuda dun.

Dalam pada program tersebut Johari turut menyampaikan sumbangan asas dapur dan juga sedikit sumbangan peribadi kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Tambah Johari yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, program-program yang diatur ini tidak berkaitan dengan musim pilihanraya seperti yang pihak pembangkang dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pemuda UMNO dalam mendekati masyarakat setempat.

"Kita sentiasa bergerak mengikut keperluan...yang perlu dibantu kita hulurkan bantuan meringankan beban dan ini bukan merupakan gimik politik semata-mata tapi merupakan perjuangan kami semua demi kepentingan bersama, "katanya.

Tag: