Halal Haram Dalam Pengamalan Siber




Oleh : Aziz Hambali


MARANG, 13 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pengamal siber supaya mempunyai batas sempadan untuk menyebarkan sesuatu yang benar dan tidak menyebarkan perkara yang tidak benar.

"Sebar fitnah, orang tak mati kata mati. Macam-macam berlaku, pembohongan itu. Merosakkan masyarakat. Jadi kita mahu beritahu batas-batas sempadan. Dalam Islam ada halal haramnya" katanya selepas sidang media di Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Sungai Kerak, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden PAS menyeru kepada semua pengamal media untuk sama-sama hadir ke Ijtimak Siber Malaysia 2019 yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, dekat sini.











Beliau menyeru kepada pengamal media mengambil kesempatan itu supaya semua peserta memperolehi ilmu dan juga petunjuk  serta keberkatan daripada Allah SWT dalam semua kerja yang dilaksanakan.

"Bersempena dengan himpunan yang dianjurkan ini, adalah baik bagi pengamal media untuk mengilmukan diri mereka, mengetahui batas sempadan bagi orang Islam dalam kehidupan di dunia ini kerana setiap gerak geri kita dalam dunia ini sama ada amalan, perkataan, tulisan dihisab oleh Allah swt pada hari kiamat.

"Jangan kita lalai dan leka. Jadikan teknologi maklumat sebagai alat untuk mengerjakan kebajikan, bukan alat untuk menambah dosa dan maksiat," tambahnya lagi.





Nota : Kepada mereka yang ingin menyertai Ijtima Siber ini, dijemput mendaftar secara 'online' di https://ijtimaksiber.com/

Tag: