Maliaman Kasim (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan sokongan keluarga. |
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 28 permohonan ditolak atau dibuang kes dan 19 permohonan lagi ditarik balik.
Dari segi pecahan katanya, daripada 96 jumlah permohonan yang didaftarkan pada 2013, permohonan yang diluluskan hanya 86 dan masing-masing 5 permohonan ditolak dan 5 ditarik balik.
“Pada 2014, permohonan yang didaftarkan (89), permohonan diluluskan (78), permohonan ditolak (7) dan ditarik balik (5), sementara untuk tahun 2015 jumlah yang memohon (93), permohonan diluluskan (87), permohonan ditolak (4) dan ditarik balik (2).
“Pada 2016 pula, jumlah yang memohon (68), permohonan diluluskan (58), permohonan ditolak (6) dan ditarik balik (4). Tahun 2017, jumlah yang memohon (61), permohonan diluluskan (54), permohonan ditolak (5) dan ditarik balik (2).
“Dan pada 2018, jumlah yang memohon (37), permohonan diluluskan (34), permohonan ditolak (1) dan ditarik balik (2),” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Kali Kedua Tahun 2018 yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim di Bilik Gerakan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu hari ini.
Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Mohd Soud Said.
Katanya, kerajaan negeri masih mengekalkan peruntukan sedia ada dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2017, yang membenarkan perkahwinan pada had usia 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki.
Menurut beliau, berdasarkan data Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu antara alasan permohonan yang paling tinggi adalah suka sama suka.
“Kebiasaan permohonan seperti ini tidak dikira terlalu berat berbanding beberapa kes seperti hamil luar nikah. Kes-kes berat contohnya seperti hamil luar nikah terpaksa kami luluskan juga walaupun di bawah umur untuk mengelakkan masalah di kemudian hari,” ujarnya.