Hijab Republik Tawar Sejuta Stok Kelengkapan Wanita

Tuan Faizah memakai tudung pada seorang kanak-kanak. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Lebih sejuta tudung dan pelbagai keperluan wanita ditawarkan kepada pelanggan yang hadir pada Program Hijab Republik di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Program selama tiga hari dan berakhir hari ini dirasmikan Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.

Pelbagai aktiviti sampingan diadakan termasuk tawaran hadiah cabutan bertuah bernilai RM20,000.

Hampir 50 vendor tempatan dan luar Terengganu  mempromosi jualan pakaian, kerongsang, komestik dan pelbagai kelengkapan wanita dalam festival itu.

Tuan Faizah berkata, lebih 1 juta stok tudung dan kelengkapan wanita   berjenama terkenal yang ditawarkan serendah RM10 kepada pelanggan.

 "Dianggarkan hampir 10,000 pengunjung terutama golongan wanita hadir pada festival selama 3 hari dan berakhir hari ini, " katanya.

Seorang vendor program yang juga Pemilik Kolorsuri, Nik Haznita Yusuf, berkata seboleh-bolehnya tidak mahu melepaskan peluang menyertai festival atau  program anjuran mana- mana penganjur kerana pelanggan di Terengganu  mempunyai kelainan tersendiri berbanding di negeri lain.

Katanya, dia lihat pelanggan di sini lebih menghargai produk hasil tangan yang menekan satu corak pada  satu produk.

"Faktor itu kebanyakan pelanggan akan kembali mendapatkan produk jualan, sekiranya saya mengadakan jualan di negeri ini.

"Mereka mengetahui pengerakan saya melalui promosi laman sosial, whatapp dan melalui sembang-sembang," katanya.

Tag: