Berita :
120 Warga Pendidik Hulu Terengganu Terima Sumbangan Ramadan, Aidilfitri
120 Warga Pendidik Hulu Terengganu Terima Sumbangan Ramadan, Aidilfitri
Noraini Jusoh
17 jam yang lepas
92

KUALA TERENGGANU, 5 Mac – Seramai 120 warga pendidik Hulu Terengganu menerima sumbangan bagi meringankan beban kewangan mereka, terutamanya dalam persediaan sepanjang Ramadan dan menyambut Syawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, Majlis Penyampaian Bantuan Awal Ramadan dan Aidilfitri kepada warga pendidik khususnya guru-guru PASTI di Hulu Terengganu itu diadakan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan komitmen mereka dalam mendidik anak-anak ummah.

“Alhamdulillah, seramai 120 orang guru PASTI Hulu Terengganu menerima manfaat daripada sumbangan ini sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban, menyuntik semangat serta menjadi tanda ingatan bahawa jasa dan pengorbanan para guru sentiasa dihargai. 

“Mudah-mudahan segala usaha mendidik generasi cilik ini diberkati dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T,” ujarnya dalam satu hantaran dilaman Facebook beliau.

Menurut Maliaman, pemberian sumbangan itu melibatkan guru-guru dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong, Manir, Kuala Berang dan Ajil dimana majlis penyerahan bantuan tersebut telah diadakan di Perkarangan Pejabat PAS kawasan Hulu Terengganu, semalam.






Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan