Berita :
MIDA, MATRADE Perkukuh Sinergi Pelaburan, Dagangan di Terengganu
MIDA, MATRADE Perkukuh Sinergi Pelaburan, Dagangan di Terengganu
Mastura Jamal Din
19 jam yang lepas
133

KUALA TERENGGANU, 5 Mac – Usaha memastikan Terengganu terus kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing diperkukuh menerusi kunjungan hormat delegasi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Delegasi yang berada di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu diketuai Pengarahnya, Siti Norbaya Kamaludin.

Menurut satu kenyataan rasmi di laman Facebook  Korporat SUK Terengganu, sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa I, Tingkat 15 itu menyaksikan perbincangan dua hala secara konstruktif, dengan tumpuan terhadap pengukuhan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan agensi Persekutuan.

Antara perkara dibincangkan termasuk usaha menarik lebih banyak pelaburan baharu ke Terengganu, memperluas akses pasaran antarabangsa bagi produk tempatan serta memperhebat promosi perdagangan dan pelaburan secara bersepadu.

Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan agensi berkaitan dilihat penting dalam menyelaras inisiatif sedia ada selain merangka pendekatan baharu yang lebih proaktif bagi menghadapi cabaran ekonomi global.

Langkah berterusan itu diyakini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan