Berita :
Air Empangan Paya Peda Mula Dibuka, Pesawah Digesa Patuh Jadual
Air Empangan Paya Peda Mula Dibuka, Pesawah Digesa Patuh Jadual
Hidayah Azlin
3 jam yang lepas
39

SETIU, 15 Jun – Takungan air di Empangan Paya Peda, Hulu Besut disahkan amat mencukupi bagi menampung keperluan pengairan sawah padi untuk penanaman musim kedua tahun ini, sekali gus melenyapkan kebimbangan dalam kalangan pesawah setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, pintu empangan yang menjadi sumber pengairan utama bagi kawasan Jelapang Padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) KETARA itu telah mula dibuka secara rasmi sejak semalam.

"Bukan Air Terjun Niagara. Ini pancutan air dari Empangan Paya Peda Besut untuk pengairan pertanian padi. Biasa-biasa saja, tiada apa yang luar biasa. Takungan air di empangan adalah mencukupi dan tiada isu yang menjadi kebimbangan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.


Bagaimanapun, Dr. Azman menegaskan bahawa perkara yang paling penting ketika ini ialah keseragaman dan pematuhan jadual penanaman padi oleh para pesawah sendiri kerana sistem yang digunakan adalah pengairan berpusat.

"Apabila air dibuka maka keseluruhan kira-kira 5,000 hektar sawah akan dimasuki air, begitulah sebaliknya bila bekalan air dihentikan maka sawah akan kering," jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para petani supaya sentiasa berdisiplin mengikuti jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan air dapat diuruskan dengan cekap.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan