Berita :
Dari 'Ghost House' Jadi Rumah Hijau, TKPM Tok Dor Kini Mula Tuai Hasil Premium
Dari 'Ghost House' Jadi Rumah Hijau, TKPM Tok Dor Kini Mula Tuai Hasil Premium
Hidayah Azlin
2 jam yang lepas
64

SETIU, 20 Mei – Projek pemulihan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor kini mula menampakkan hasil lumayan menerusi transformasi berperingkat kawasan berkenaan daripada status 'rumah hantu' (ghost house) kepada rumah hijau (green house) yang produktif.

Terbaharu, salah sebuah rumah hijau yang telah dibaik pulih sepenuhnya kini diusahakan dengan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) oleh sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, usaha murni tersebut jelas menunjukkan tanda-tanda positif dalam merancakkan semula sektor agro-makanan negeri.

Beliau turut meluangkan masa turun ke lapangan bagi meninjau perkembangan projek berkenaan dan merasai sendiri hasil tuaian MMT tersebut.

"Hari ini Pok Cik Man rasa MMT yang dihasilkan cukup manis dengan saiz menepati kualiti premium," katanya.

Inisiatif pemulihan TKPM Tok Dor ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan infrastruktur pertanian yang terbiar sebelum ini, malah menjadi platform terbaik dalam melahirkan usahawan tani muda (agropreneur) dalam kalangan mahasiswa.

Kejayaan penanaman MMT berskala premium oleh pelajar UniSZA ini membuktikan bahawa sektor pertanian moden berasaskan teknologi rumah hijau mampu menjanjikan pulangan tinggi sekiranya diuruskan dengan kaedah yang betul.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan