KUALA NERUS, 23 Januari - Pasukan Terengganu FC menepati ramalan melangkah ke suku akhir, apabila membelasah UM-Damansara United 5-0 pada aksi timbal balik kedua Piala Malaysia 2025/2026, sebentar tadi.
Melayan kunjungan pasukan Liga Semi-pro A1 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), tuan rumah bermula agak baik dan memperoleh beberapa percubaan ke gawang lawan.
Berbekal dua jaringan daripada aksi pertama, anak-anak buah Tengku Hazman Raja Hassan tenang mengawal permainan.
Pada minit ke-32, Engku Muhammad Nur Shakir memecah kebuntuan dengan jaringan pertama menerusi tandukan hasil hantaran lintang Shervoni Mabatshoev,

Sang Penyu menjarakkan jurang jaringan pada minit terakhir separuh masa pertama setelah Careca menolak masuk bola hantaran Akhyar ke gawang pelawat, memastikan Terengganu FC mendahului 3-0 sebelum rehat.
Pada separuh masa kedua, tuan rumah meneruskan penguasaan dengan Engku Shakir memahat nama sebagai penjaring hatrik hasil rembatan deras yang menewaskan penjaga gol, Muhammad Haziq Mukriz pada minit ke-62.
Terengganu FC akan menanti pemenang perlawanan antara Perak FA dan KL City FC, yang akan berlangsung esok.