lightning-solid
Berita :
Inspirasi Subuh Di Dataran Merdeka: Kekal Cergas, Berintegriti Asas Utama Dr Azman Galas Amanah Rakyat
Inspirasi Subuh Di Dataran Merdeka: Kekal Cergas, Berintegriti Asas Utama Dr Azman Galas Amanah Rakyat
Hidayah Azlin
18 jam yang lepas
93

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Kesibukan tugasan rasmi dan jadual kerja yang padat bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan kendiri serta prinsip integriti dalam berkhidmat.

Prinsip itu dibuktikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim yang meletakkan amalan gaya hidup sihat dan kejujuran sebagai teras disiplin peribadinya dalam memegang amanah.

Memulakan tugasan rasmi di ibu negara hari ini, beliau memilih untuk melangkah awal seawal subuh menerusi aktiviti larian mesra di sekitar mercu tanda bersejarah, Dataran Merdeka.

Mengulas mengenai rutin berkenaan, Dr Azman menegaskan bahawa keputusan untuk kekal sihat, cergas, dan berdisiplin terletak di tangan individu itu sendiri.

"Gaya hidup sihat adalah pilihan kita sendiri. Hari ini ada tugasan di Ibu Kota. Kita mulakan hari dengan joging awal pagi keliling Dataran Merdeka," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Sikap kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan Exco Terengganu itu mencuri perhatian warga netizen, yang menyifatkan pemikiran cerdas dan stamina tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat bermula daripada tubuh badan yang sihat serta hati yang bersih.

Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga nilai kejujuran dan integriti dalam memimpin.

"Apabila suka berbohong secara berulang kali, seseorang akan kehilangan kepercayaan ramai. Apabila sering menipu, orang akan terus curiga walaupun mungkin ada ketika cuba berkata benar. Kepercayaan yang sudah rosak memang sangat sukar dipulihkan," tegas beliau.

Langkah beliau memulakan hari di tengah-tengah kesibukan ibu kota menjadi manifestasi jelas bahawa tiada halangan untuk konsisten menjaga kecergasan diri dan memelihara kebenaran demi menggalas tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh rakyat.


Tag :

Artikel Berkaitan