Jalur Gemilang
Berita :
Institusi Pendidikan Tinggi Di Setiu Perlu Diwujudkan
Institusi Pendidikan Tinggi Di Setiu Perlu Diwujudkan
Ariss Alias
21 jam yang lepas
32

KUALA TERENGGANU, 17 November - Kerajaan Terengganu diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan institusi pendidikan tinggi atau pusat pengajian kemahiran yang bersesuaian di daerah Setiu bagi memperluas akses pendidikan serta peluang pembangunan ekonomi anak tempatan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof berkata kewujudan institusi berkenaan bukan sahaja dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada golongan muda, malah berpotensi merancakkan ekonomi daerah melalui aktiviti perniagaan dan perkhidmatan. 

Beliau berkata peluang pekerjaan yang bersesuaian masih menjadi cabaran kepada sebahagian anak muda di Langkap dan Setiu walaupun mereka mempunyai kelulusan serta kemahiran. 

"Saya mencadangkan agar kerajaan negeri memperkukuh program latihan TVET, keusahawanan belia dan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak industri," katanya ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2027 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. 

Beliau berkata cadangan mewujudkan institusi pendidikan tinggi atau pusat pengajian kemahiran di Setiu itu perlu diberikan pertimbangan berdasarkan keperluan pendidikan dan pembangunan daerah. 

Menurutnya, pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu menentukan masa depan generasi akan datang.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan