lightning-solid
Berita :
JHEAT Arah Semua Masjid, Surau Adakan Solat Hajat Khas Untuk Sultan Terengganu
JHEAT Arah Semua Masjid, Surau Adakan Solat Hajat Khas Untuk Sultan Terengganu
Husaif Mamat
2 jam yang lepas
73

KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan Solat Hajat Khas pada Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut arahan JHEAT, solat hajat itu akan diadakan selepas Solat Jumaat di semua masjid, manakala surau pula melaksanakannya selepas Solat Isyak pada 24 Julai bersamaan 9 Safar 1448 Hijrah.

Solat hajat berkenaan diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Sultan Terengganu dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

JHEAT turut meminta kerjasama semua pihak, khususnya jawatankuasa pengurusan masjid dan surau, supaya melaksanakan arahan tersebut mengikut ketetapan yang ditetapkan serta mengajak orang ramai hadir bersama-sama menjayakan majlis berkenaan.


Tag :

Artikel Berkaitan