KUALA NERUS, 21 Julai- Jaringan tunggal Muhammad Haikal Mohd Zuki pada separuh masa pertama berjaya membantu Kuala Nerus mengatasi Hulu Terengganu 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2025/2026.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Gong Badak itu, Hulu Terengganu yang diwakili Padang Machang FC terlebih dahulu bermula garang dengan lebih banyak melancarkan serangan ke kubu pasukan BTR FC yang mewakili Kuala Nerus.
Namun, Kuala Nerus membukti kemampuan mereka apabila mendahului menerusi penjaring terbanyak pasukannya, Haikal, sekali gus menjadi titik tolak kemenangan pasukan itu.
Pengurus pasukan, Mohd Azuam Mansor menzahirkan kesyukuran atas kejayaan Kuala Nerus layak buat kali pertama dalam kejohanan tersebut.
"Setakat ini kita tengok budak-budak kita Alhamdulillah, bermain betul-betul dengan penuh kesungguhan.

Tambahnya, Haikal kini merupakan penjaring terbanyak pasukannya dengan empat gol.
Kuala Nerus akan menanti pemenang aksi separuh akhir kedua yang menemukan Marang dan Besut malam ini.
