Jalur Gemilang
Berita :
Mangsa Kebakaran Warung, Dapat Perhatian ADUN Batu Rakit
Mangsa Kebakaran Warung, Dapat Perhatian ADUN Batu Rakit
Izzat Al-qushairi
1 hari yang lepas
261

KUALA NERUS, 30 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, menziarahi lokasi kebakaran sebuah warung masakan panas dan roti canai, Warung Qistina, di Pantai Pengkalan Maras lewat petang tadi.

Beliau berkata, kunjungan itu bertujuan melihat sendiri keadaan di lokasi kejadian serta bertemu dengan pihak yang terlibat susulan kebakaran yang menimpa premis perniagaan berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu merupakan ujian berat buat pemilik warung, khususnya peniaga kecil yang bergantung kepada hasil perniagaan untuk mencari rezeki.

“Saya mendoakan semoga pemilik warung diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Mudah-mudahan ada hikmah di sebalik setiap musibah dan Allah SWT menggantikan kehilangan ini dengan rezeki yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil membantu ketika kejadian berkenaan.

Katanya, musibah yang menimpa anggota masyarakat perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama dengan semangat prihatin, kebersamaan dan saling membantu terus diperkukuh.

Beliau turut mendoakan agar pemilik warung diberikan ganjaran atas ujian yang dihadapi serta digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

“Ya Allah, berikanlah ganjaran atas musibah yang menimpanya dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” doa beliau. 


Tag :

Semasa
Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan