lightning-solid
Berita :
Manuskrip Melayu, Kaligrafi Islam Akar Tamadun Terengganu
Manuskrip Melayu, Kaligrafi Islam Akar Tamadun Terengganu
Adli Mohamad
19 jam yang lepas
229

KUALA TERENGGANU, 15 Julai – Penganjuran Seminar Kearifan Tempatan: Manuskrip Melayu dan Kaligrafi Islam 2026 selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh pemeliharaan warisan, memperkasa penyelidikan serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Ahmad Shah Muhamed berkata, Terengganu merupakan antara bumi terawal yang menyaksikan perkembangan tamadun Islam di Alam Melayu.

Menurutnya, penemuan Batu Bersurat Terengganu menjadi bukti penting bahawa ajaran dan perundangan Islam telah berakar kukuh di negeri itu sejak berabad-abad lalu.

“Warisan ini kemudiannya diteruskan melalui institusi pondok, madrasah dan masjid, selain penghasilan manuskrip Jawi, karya persuratan, seni ukiran serta kaligrafi yang membentuk identiti masyarakat Terengganu hingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kearifan Tempatan: Manuskrip Melayu dan Kaligrafi Islam 2026 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri Terengganu di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Shah berkata, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab memastikan khazanah berkenaan tidak hanya tersimpan sebagai koleksi sejarah, sebaliknya terus dihidupkan menerusi penyelidikan, pendidikan, pameran, penerbitan dan pendigitalan.

“Manuskrip Melayu bukan sekadar catatan lama, tetapi mengandungi kebijaksanaan dalam bidang agama, undang-undang, pentadbiran, diplomasi, pelayaran, astronomi, perubatan tradisional, kesusasteraan dan falsafah kehidupan.

“Beg kesusasteraan dan falsafah kehidupan.

“itu juga seni kaligrafi Islam yang mengangkat keindahan tulisan sebagai manifestasi kecintaan terhadap wahyu Ilahi.

“Kehalusan seni khat menggambarkan keseimbangan antara estetika, disiplin, kerohanian dan ilmu,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha memelihara manuskrip Melayu dan seni kaligrafi Islam amat penting kerana kedua-duanya merupakan khazanah yang merakam sejarah, pemikiran serta jati diri masyarakat.

“Apabila kedua-dua warisan ini dipelihara, kita sebenarnya sedang mempertahankan akar tamadun bangsa,” katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan