lightning-solid
Berita :
Sultan Mizan Selamat Jalani Rawatan, Kini Sedang Beristirehat
Sultan Mizan Selamat Jalani Rawatan, Kini Sedang Beristirehat
Mastura Jamal Din
1 jam yang lepas
38

KUALA TERENGGANU, 14 Ogos– Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selamat menjalani rawatan dan kini sedang beristirehat.

Perkara itu dimaklumkan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan berlaku dengan kehendak dan rahmat Allah SWT serta berkat doa seluruh rakyat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan turut menzahirkan penghargaan dan perasaan terharu selain mengucapkan terima kasih kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, para alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh rakyat yang mendoakan Baginda.

Baginda dan keluarga turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang melaksanakan solat hajat serta bacaan Surah Yasin untuk Baginda.

“Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang membalasnya,” menurut kenyataan itu.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan serta dipermudahkan segala urusan Baginda.


Tag :

Artikel Berkaitan