KEMAMAN, 25 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat menyifatkan sukan Pickleball mampu menyemarakkan budaya sukan dalam komuniti.
Katanya, sukan Pickleball yang sebelum ini kedengaran pelik bagi sebahagian orang, tapi hakikatnya sedang mencipta gelombang baru dalam dalam dunia sukan komuniti.
"Ia bukan sekadar permainan dengan raket dan bola kecil, tetapi satu fenomena sosial yang mampu menyemarakkan budaya sukan dalam masyarakat kita, khususnya di peringkat komuniti setempat," ujarnya yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Kejohanan Pickleball Piala Dato' YBC yang berlangsung di Pekarangan Dewan Komuniti Cina, Kampung Jakar, semalam.
"Terima kasih kepada Persatuan Pickleball Kemaman dan Rakan Jaya yang turut sama menjayakan penganjuran kojohanan pada kali ini." katanya lagi.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Persatuan Pickleball Terengganu (PPCT), Dato' Radzi Muhamad.