KUALA TERENGGANU, 18 November - kerajaan Terengganu melalui Jabatan Kerja Raya negeri telah mengemukan semula pembinaan jalan penghubung antara Keruak (Besut) ke Chuchoh Puteri, Kuala Krai (Kelantan) yang bernilai RM251.574 juta telah dikemukakan semula dan kini menunggu keputusan pihak kementerian Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Fasiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata, cadangan itu dikemukakan Rancangan Malaysia (RP3) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kerana sebelum ini pernah ditolak.
"Projek ini merupakan antara 10 projek baharu yang diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Cadangan pembinaan sepanjang 9.91 kilometer ini melibatkan jalan dua lorong jenis R4 dan tiga buah jambatan,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Hanafiah berkata kerajaan negeri akan terus berusaha bagi mendapatkan kelulusan bagi merealisasikan projek tersebut.
Jelasnya, usaha tersebut demi meningkatkan hubungan antara Terengganu dan Kelantan serta merancakkan ekonomi penduduk Hulu Besut,"ujar beliau.