SHAH ALAM, 21 Ogos - Skuad Olahraga menutup tirai acara semalam, dengan menyumbangkan tujuh pingat emas kepada Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.
Lebih manis, salah satu emas diraih dalam sukan rejam lembing yang dimenangi Noor Aliya Alias, satu acara yang sudah lama tidak menjadi milik Terengganu.

"Bagi saya, pencapaian atlet-atlet Terengganu dalam sukan olahraga kali ini amat baik.
"Tambahan pula, 90 peratus atlet yang bertanding ini boleh bermain lagi pada SUKMA akan datang.
"Kali terakhir, kita memungut banyak pingat emas adalah pada SUKMA 2012 dengan sembilan pingat emas, jadi ini yang kedua terbaik setakat ini.
