SHAH ALAM, 14 Ogos- Skuad Taekwondo menyumbang satu pingat emas dan satu perak buat Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.
Pingat emas hadir menerusi Halimah As-Sa'adiyyah Nasir-Tsafe yang bertanding dalam acara Flyweight bawah 49kg Wanita.
Halimah muncul pemenang setelah menewaskan pesaing dari Selangor dengan keputusan 2-0.
