Berita :
Sweet Pinky Beauty House Taja RM85 Ribu Sokong Terengganu Marvels
Sweet Pinky Beauty House Taja RM85 Ribu Sokong Terengganu Marvels
Mohd Irsyadi Abu Bakar
17 jam yang lepas
108

KUALA LUMPUR, 11 April - Sweet Pinky Beauty House melebarkan penajaan buat Terengganu Marvels bagi dua tahun berturut-turut.

Lebih menarik, penajaan juga ditingkatkan kepada RM85,000 bagi membantu pasukan tahun ini.

Pemiliknya, Datin Farah Nizah Japilos menyatakan bahawa inisiatif itu dilakukan bagi menambah semangat pasukan berkenaan dalam saingan Netball Super League (NSL) 2026.

"Kita lihat ada kekurangan dari beberapa sudut dan kuta rasa apa-apa penambahbaikan perlukan sokongan kewangan, jadi kita tambah sedikit lagi.

"Tahun ini, mereka banyak baiki dari segi krew yang dilihat kurang. Mungkin ada peningkatan dari dari strategi dan taktikal juga.

"Dari Sweet Pinky kepada Terengganu Marvels, teruskan semangat anda dan jangan putus asa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pemain Terengganu Marvels di sini, semalam.
Selain Sweet Pinky Beauty House, Dexxe  memberikan tajaan bernilai RM50,000 diikuti anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc menerusi TDM Berhad dan Ladang Rakyat yang menyampaikan tajaan bernilai RM18,000.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan