Berita :
TDM Perkasa Kesejahteraan Komuniti Paka, 155 Keluarga Asnaf Terima Bantuan
TDM Perkasa Kesejahteraan Komuniti Paka, 155 Keluarga Asnaf Terima Bantuan
Noraini Jusoh
20 jam yang lepas
47

KUALA TERENGGANU, 24 Jun - TDM Berhad terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan komuniti menerusi program TDM Bersama Masyarakat Paka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, seramai 155 keluarga di DUN berkenaan menerima manfaat menerusi pemberian bantuan tunai sebagai sokongan kepada keperluan harian mereka. 

“Program ini melibatkan sumbangan bantuan tunai bernilai RM150 setiap seorang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TDM dalam membantu golongan yang memerlukan menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. 

“Selain memberi sokongan kewangan, inisiatif ini turut mencerminkan pendekatan TDM dalam membina hubungan yang lebih dekat dengan komuniti di kawasan operasi syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, penglibatan sektor korporat dalam program kemasyarakatan memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial serta melengkapkan usaha kerajaan membantu golongan yang memerlukan.
“Sebagai syarikat yang berakar umbi di Terengganu, TDM sentiasa berusaha memastikan pertumbuhan yang dicapai turut dikongsi bersama masyarakat. 

“Program seperti ini mencerminkan komitmen kami untuk terus menyokong kesejahteraan komuniti melalui inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan