Berita :
THT Tidak Rela Hilang Mata Lagi
THT Tidak Rela Hilang Mata Lagi
Mohd Irsyadi Abu Bakar
5 jam yang lepas
75

KUALA LUMPUR, 19 April - Terengganu Hockey Team (THT) tidak mahu berputih mata lagi apabila berazam memastikan kemenangan menentang ATM pada perlawanan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL), petang ini.

Pengendali pasukan, Mohd Harfizi Baharom berharap, kesilapan pasukan yang sering melepaskan gol pada minit akhir perlawanan tidak berulang lagi.

“Kami tidak boleh keciciran sebarang mata lagi untuk perlawanan seterusnya jika mahu kekal bersaing merebut tempat terbaik dalam liga. 

"Jadi kami pasti akan memperbaiki kelemahan yang dilihat menjelang pertemuan dengan ATM,” jelasnya.

Untuk makluman, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di laman Facebook dan YouTube UPDI (Urus Setia Penerangan Darul Iman).


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan