Berita :
'Tiada BDR di Terengganu Buat Masa Ini'
'Tiada BDR di Terengganu Buat Masa Ini'
Adli Mohamad
5 jam yang lepas
167

KUALA TERENGGANU, 18 April - Kerajaan Terengganu telah membuat kajian dan telah mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan polisi bekerja dari rumah (BDR) buat masa ini. 

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan yang sama turut diambil oleh beberapa negeri yang lain.

"Walaupun ada satu atau dua negeri, yang sebilangan kecil melaksanakan bekerja dari rumah, tetapi Terengganu memutuskan untuk tidak melaksanakannya. 

"Jadi untuk Terengganu setakat ini tidak ada perubahan, masih macam biasa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menghadiri Majlis Apresiasi Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini, semalam.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan