Berita :
UC TATI Kembali Ke Litar Lumba, Sertai FMS
UC TATI Kembali Ke Litar Lumba, Sertai FMS
Adli Mohamad
20 jam yang lepas
49

KUALA TERENGGANU, 16 April - Setelah lebih sedekad menyepi dari menyertai sebarang acara, UC Tati Racing Team kini kembali mewarnai kalendar sukan permotoran tempatan dengan menyertai Kejuaraan Formula Student Malaysia (FMS) di Litar Dato Sagar, Perak pada 21 April nanti.

Pengurus Pasukan, Mohd Saifuddin Mohd Mokhtar berkata, pihaknya yakin setiap pasukan yang bertanding memiliki peluang sama rata bagi menjuarai kejohanan terbabit.

"Kali terakhir kami berlumba secara kompetitif adalah pada tahun 2015 sebelum berhenti disebabkan beberapa faktor semasa dan seterusnya ketandusan penganjuran perlumbaan yang boleh disertai oleh jentera kami.

"Setiap pasukan mahukan podium di Litar Dato Sagar nanti, begitu juga untuk UC Tati, namun kami lebih selesa hadir selaku pasukan bukan pilihan seperti mana sejarah pasukan ini bermula. Kami perlu memanfaatkan setiap peluang pada hari pertama perlumbaan yang akan menentukan nasib kami di hari akhir perlumbaan.

"Sudah tentu muka-muka baru menjadi taruhan termasuk pemandu pasukan yang merupakan pelajar kami sepenuh masa di sini. Bukan hanya jentera luma menjadi penanda aras buat kami malah pelajar-pelajar kami juga perlu memanfaatkan platform terbaik ini untuk memprakttikan segala kemahiran yang dipelajari,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pemandu Pasukan, Che Hanif Haikal Che Mat menzahirkan keterujaan setelah terpilih untuk mengendalikan jentera lumba berkuasa 150cc tersebut.

"Perasaan berdebar itu sudah tentu ada kerana ia adalah pengalaman pertama saya untuk berlumba secara kompetitif di dalam litar lumba yang sebenar. Saya menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada rakan sepasukan.

"Termasuk tenaga pengajar di sini yang turut sama menyiapkan jentera lumba ini. Satu permulaan yang baik buat kami semua untuk musim baru ini,"ujarnya.

Bagi pemandu jentera 'Blueshark', Eizzedin Afkar Azil Hizaq juga optimis dengan jentera lumba pasukannya mampu untuk membuat catatan masa yang terbaik.

"Setiap jentera lumba mempunyai kelebihan masing-masing begitu juga dengan pasukan kami, namun setiap pasukan perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang sepenuhnya di dalam liat agar peluang untuk menaiki podium itu cerah.

"Pasukan telah melakukan yang terbaik untuk membina jentera lumba ini, selebihnya bergantung pada kami sebagai pelumba,"ujar beliau,

Pasukan yang ditunjangi sepenuhnya oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berteraskan sains teknikal kejuruteraan di ini telah mempertaruhkan dua jentera lumba satu tempat duduk berkonsepkan formula (Single-seater formula-style race car) yang dibangunkan oleh pelajar bersama tenaga pengajar UC TATI itu sendiri.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan UC TATI Racing Team menyertai perlumbaan adalah pada kejuaraan EIMRACE pada tahun 2015 di Kuatan yang berjaya meraih podium di tempat kedua perlumbaan dan juara keseluruhan berpasukan.

Formula Student Malaysia yang te;ah bermula sejak 2009 merupakan siri perlumbaan yang dianjurkan oleh SAE International Malaysia selaku sebuah badan global profesional dalam bidang industri aeroangkasa, automatif dan kenderaan komersial yang turut menyumbang di dalam pembangunan piawai dan penyelidikan.

Termasuk pendidikan STEM yang menjadi pemangkin bagi setiap pasukan lumba yang hadir berentap.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan