lightning-solid
Berita :
Walaupun Hujan, Warga Besut dan Setiu Tetap Membanjiri Majlis Ilmu UAI di Jabi
Walaupun Hujan, Warga Besut dan Setiu Tetap Membanjiri Majlis Ilmu UAI di Jabi
Hidayah Azlin
7 jam yang lepas
130

SETIU, 26 Ogos – Cuaci malam tadi langsung tidak mematahkan semangat jemaah untuk membanjiri Masjid Kampung Tempinis bagi menghadiri ceramah agama oleh penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Malah, kehangatan majlis ilmu tersebut turut menarik kehadiran penduduk dari daerah bersebelahan termasuk Besut yang sanggup meredah hujan demi mendengar pengisian dan peringatan yang disampaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, beliau amat terharu dengan kesungguhan dan kecekalan orang ramai yang hadir tanpa mengira kekangan cuaca.

"Alhamdulillah, sejuk mata melihat majlis ilmu dipenuhi manusia yang ingin belajar dan mendengar peringatan. Walaupun hujan, tidak menghalang orang ramai untuk datang," katanya.

Kawasan ruang limpah masjid dan khemah tambahan yang disediakan turut dibanjiri jemaah yang membawa payung serta baju hujan, mencerminkan dahaga masyarakat terhadap ilmu agama dan sokongan padu mereka terhadap program kemasyarakatan di DUN Jabi.



Tag :

Artikel Berkaitan