lightning-solid
Berita :
 Warga Emas Terselamat, Rumah Musnah Dijilat Api
Warga Emas Terselamat, Rumah Musnah Dijilat Api
Wan Mohammad Omar Ajmain
16 jam yang lepas
55

HULU TERENGGANU, 29 Julai – Sebuah rumah milik warga emas musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Payang Kayu tengahari ini.

Pemilik rumah, Sidek Salam, 71, berkata isteri dan anak berjaya keluar daripada rumah dan menyelamatkan diri selepas menyedari api mula marak di bahagian tengah rumah.

Menurut beliau, api merebak dengan pantas menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda.

"Tak sempat buat apa-apa. Api cepat sangat marak dan terus membakar rumah," katanya.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Berang yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi sebelum berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut kerana semua penghuni berjaya keluar dari rumah sebelum api merebak ke seluruh kediaman.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Artikel Berkaitan